Semakin kita berusia, diet yang seimbang perlu dijadikan keutamaan penting untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh. Buku “Better Days Recipe” ini meyediakan koleksi resepi lazat dan berkhasiat yang dikongsikan khas oleh pasukan chef dan pakar pemakanan dari Pusat Perubatan Sunway Velocity untuk mendorong orang ramai, terutamanya golongan yang lebih berusia untuk mempunyai pilihan pemakanan yang lebih sihat dan seimbang.
Koleksi resepi ini memberi tumpuan kepada bahan-bahan yang segar dan sihat, kaedah penyediaan yang mudah serta kefahaman mengenai keperluan diet golongan berusia, terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes, masalah darah tinggi dan kolesterol tinggi. Matlamat kami adalah untuk memberikan panduan supaya setiap hidangan bukan sahaja lazat untuk dimakan tetapi juga mengandungi sumber nutrien yang penting untuk kesihatan secara menyeluruh.
Sama ada anda seorang warga emas yang sedang mencari pilihan makanan yang berkhasiat, seorang anak yang mencari resepi sihat untuk kedua ibu bapa, atau minat memasak dan ingin meneroka hidangan baru, buku “Better Days Recipe” boleh dijadikan panduan anda untuk idea makanan yang sihat dan lazat. Akhir kata, masak dengan sihat, makan dengan berselera dan jalani kehidupan yang lebih baik.